Pengenalan

Penubuhan PTM adalah cetusan idea pengasasnya Yang Berbahagia Profesor Dr. Vijayaletchumy Subramaniam pada 25 Jun 2015. Sejak itu, PTM mula mengorak langkah untuk mengenal pasti masalah dan keperluan komuniti berhubung penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Perasmian penubuhan PTM disempurnakan oleh Yang Berbahagia Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM pada 30 September 2017. PTM bermatlamat menjadi badan bukan kerajaan yang mendokong usaha kerajaan Malaysia memartabatkan bahasa kebangsaan. Atas komitmen dan ketekunan yang tinggi, PTM berkembang menjadi pasukan petugas (task force team) yang dianggotai kumpulan graduan doktor falsafah, master dan bacelor bidang Bahasa Melayu. Dengan yang demikian, PTM menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat serta latihan bimbingan yang berterusan bagi komuniti dalam memperkasakan pedagogi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan(SK), sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil(SJKT), sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina(SJKC) dan sekolah-sekolah menengah harian di seluruh Malaysia.

Objektif

0 +
Murid
0 +
Program
0 +
Guru

Memorandum Persefahaman (MoU)

EnglishMalay