Program Identifikasi Simptom Disleksia
Seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru bahasa Melayu Tahun 1 dan prasekolah dari sekolah SK, SJK(T) dan SJK(C) di negeri Selangor terlibat dalam Program Identifikasi Simptom Disleksia yang telah berlangsung pada 27 Ogos 2020 bertempat di Auditorium Rashdan Baba, UPM. Program ini memberikan pendedahan malahan membimbing para guru untuk mempelajari simptom asas pengenalpastian gejala disleksia dalam kalangan murid melalui buku panduan yang dihasilkan, iaitu Buku Panduan Asas dan Simptom Disleksia terbitan Penerbit UPM. Program ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Tulir Malaysia dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Persatuan Disleksia Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Program ini ditaja oleh ADUN Seri Serdang, Dewan Negeri Selangor, Y.B. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud.