© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Bengkel Pembugaran Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2024 merupakan satu inisiatif SM St. Anne, WP Labuan yang dianjurkan untuk guru-guru bahasa Melayu peringkat Sekolah Menengah di sekitar kawasan Labuan. Sesi perkongsian ilmu ini berkenaan Pemantapan Kata Pemeri iaitu “ialah” dan “adalah” yang dikongsikan oleh Pensyarah Bahasa Melayu UPM, Prof. Dr. Vijayaletchumy. Slot menarik dan berkesan seperti Sesi Uji Diri, Sesi Soal Jawab, Terapi Lukisan dan Quizzies telah diadakan sepanjang bengkel ini. Bengkel ini diadakan secara percuma kepada semua guru bahasa Melayu dalam peringkat Sekolah Menengah di sekitar kawasan Labuan secara dalam talian iaitu Google Meet pada 12 Julai 2024 bersamaan dengan hari Jumaat, jam 2.00 hingga 4:00 petang.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)