PERKONGSIAN KOMPONEN TATABAHASA DALAM PDP BAHASA MELAYU PAK21 – ZON 3 (SIRI 2)

Sesi Perkongsian Komponen Tatabahasa dalam PdP Bahasa Melayu PAK21 anjuran Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tajaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, Tuan Ganabatirau Veraman telah diadakan secara dalam talian pada 23 Mac 2021 (Selasa), pukul 2.00 hingga 5.30 petang dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, PPD Kuala Langat, PPD Sepang, dan PPD Gombak. Program ini telah dihadiri oleh 50 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Gombak. Objektif utama program ini adalah untuk membawa transformasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan mengkhususkan komponen tatabahasa seperti kata bilangan dan penjodoh bilangan bagi siri 2. Hasil program ini telah membantu guru untuk memperkukuh pemahaman dalam penguasaan komponen tatabahasa dan mempelbagaikan teknik penyampaian PdP mengikut tahap perkembangan minda anak murid.