Program ini diadakan bertujuan untuk membantu murid Tahun 6 dalam memantapkan aspek penulisan karangan Bahasa Melayu yang menjadi cabaran besar kepada guru dan murid. Latihan Pra dijalankan untuk mengenal pasti permasalahan murid dalam penulisan karangan diikuti pengisian borang soal selidik murid untuk mengetahui perkembangan murid dalam penulisan karangan. Seramai 60 orang murid Tahun 6 telah menyertai bengkel ini. 

Murid-murid juga diberikan pendedahan teknik mengenal pasti tugasan karangan dengan cara penyampaian yang menarik. Sambil bercerita dan memberikan motivasi, sesi awal ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan murid dan guru. Sehubungan itu, beberapa sesi penulisan karangan akan dijalankan di sekolah angkat ini sehingga murid-muridnya berjaya menghasilkan karangan mengikut bimbingan. Usaha murni daripada PTM di bawah sokongan penuh Yg Berbahagia Prof Dr Vijayaletchumy Subramaniam dan Richard Ignacy wajar diberikan pujian dan penghargaan. Impak menerusi program ini diharapkan akan terhasillah satu lagi penerbitan buku menulis karangan bahasa Melayu khas untuk guru-guru dan murid-murid SJKT nanti.