SJK(T) ST. PHILOMENA

 Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) telah menerima jemputan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) St. Philomena Convent, Ipoh, Perak untuk melaksanakan Program Transformasi Pengkategorian Golongan Kata PAK21. Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 22 Mac 2024 (Khamis), pukul 9.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Seramai 70 orang murid Tahun 5 dan 6 telah mengambil bahagian. Program ini berjaya dilaksanakan di bawah bimbingan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam selaku Presiden PTM bersama-sama dengan gandingan fasilitator iaitu Pavitira Nagaraju, Pavitra Vasuthevan, dan Monisha Divagaran yang mewakili PTM. Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang kaedah pengkategorian golongan kata dalam bentuk inovasi selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

Hasilnya, ilmu yang telah disampaikan berjaya mencungkil minat murid untuk belajar tentang penggolongan kata ke arah pembelajaran PAK21. Semua murid telah bergiat aktif sepanjang perjalanan program. Selain itu, konsep pembelajaran yang telah diperkenalkan membantu murid untuk menguasai konsep pengkategorian golongan kata dalam bentuk yang lebih mudah dan mencapai konsep pembelajaran berpusatkan murid. Sehubungan dengan itu, pihak PTM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua guru termasuk Guru Besar SJK(T) St. Philomena Convent yang berjaya menganjurkan program dalam usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan dan semua guru yang terlibat bersama sepanjang perjalanan program.


EnglishMalay