© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Sesi Perkongsian Komponen Tatabahasa dalam PdP Bahasa Melayu PAK21 anjuran Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tajaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, Tuan Ganabatirau Veraman telah diadakan secara dalam talian pada 17 Mac 2021 (Rabu), pukul 2.00 hingga 5.30 petang dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor, PPD Sabak Bernam, PPD Petaling Perdana, PPD Petaling Utama, dan PPD Klang. Program ini telah dihadiri oleh 57 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Hulu Selangor, Sabak Bernam, Petaling Perdana, Petaling Utama, dan Klang. Objektif utama program ini adalah untuk membawa transformasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan mengkhususkan komponen tatabahasa seperti kata bilangan dan penjodoh bilangan bagi siri 2. Hasil program ini telah membantu guru untuk memperkukuh pemahaman dalam penguasaan komponen tatabahasa dan mempelbagaikan teknik penyampaian PdP mengikut tahap perkembangan minda anak murid.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)