Penerangan Program

Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) telah berjaya menganjurkan Program Rekonstruksi Kata Nama Terbitan SJK(T) Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, pada 29 November 2022 (Selasa), di SJK(T) Bandar Sri Sendayan. Seramai 80 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah menyertai program tersebut. PTM ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB. TUAN VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM, EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN atas sumbangan yang diberikan untuk menjayakan program tersebut dan berjaya mengedarkan 450 buah Buku Mari mengenali Alomorf Bahasa Melayu Melalui Teknik GAD serta 70 buah kotak Dadu Gergasi Imbuhan PAK21 kepada 61 buah SJK(T) di Negeri Sembilan secara percuma. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Saizi bin Ishak, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

TUJUAN

Memberikan pendedahan kepada guru tentang pengajaran dan pembelajaran kata nama terbitan dalam bentuk inovasi selaras dengan perkembangan minda murid berdasarkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

HASIL PROGRAM

Guru dapat menghasilkan bahan pembelajaran kata nama terbitan berdasarkan tahap pemahaman murid masing-masing melalui penerapan elemen grafik secara kreatif.

SASARAN SEKOLAH

61 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Sembilan dan guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah tersebut. 

BAHAN PROGRAM

Sebanyak 402 buah buku Mari Mengenali Alomorf Bahasa Melayu Melalui Teknik GAD dan sebuah kotak Dadu Gergasi Imbuhan PAK21 telah disalurkan kepada setiap sekolah SJK (T) di Negeri Sembilan.

LIPUTAN MEDIA

GAMBAR

EnglishMalay