Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) berjaya menganjurkan Program Transformasi Pengkategorian Golongan Kata di SJK(T) Mentakab pada 11 Julai 2023 (Selasa), pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 109 orang murid Tahun 5 dan 6 telah menyertai program ini. Program ini bertujuan untuk mengetengahkan inovasi baharu menggunakan Konsep MI (maksud & imbuhan) dalam mencerakinkan golongan kata mengikut kategori dengan betul. Pendekatan didik hibur digunakan kepada murid-murid untuk memastikan murid-murid dapat mengenal pasti golongan kata (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) dengan betul.