Program Transformasi Pengkategorian Golongan Kata PAK21 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah dianjurkan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor 16 Ogos 2023 (Rabu), pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 68 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 dari telah mengambil bahagian. Program ini berjaya dilaksanakan di bawah bimbingan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam selaku Presiden PTM bersama-sama dengan gandingan fasilitator iaitu Pavitira Nagaraju, Shan Gunasegar, dan Gunendran Krishnasamy yang mewakili PTM.
Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang kaedah pengkategorian golongan kata dalam bentuk inovasi selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Hasilnya, ilmu yang telah disampaikan berjaya mencungkil minat murid untuk belajar tentang penggolongan kata ke arah pembelajaran PAK21. Semua murid telah bergiat aktif sepanjang perjalanan program. Selain itu, konsep pembelajaran yang telah diperkenalkan membantu murid untuk menguasai konsep pengkategorian golongan kata dalam bentuk yang lebih mudah dan mencapai konsep pembelajaran berpusatkan murid. Pada penghujung program, SJK(T) Ladang Riverside, SJK(T) Ladang Raja Musa, SJK(T) Ladang Kampung Baru, SJK(T) Ladang Hopeful dan SJK(T) Ladang Sungai Terap telah menandatangani kerjasama jalinan antara pihak sekolah, PTM, dan UPM. Sehubungan dengan itu, pihak PTM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua guru termasuk Guru Besar SJK(T) Ladang Riverside, S.S Pandian yang berjaya menganjurkan program dalam usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan. Ucapan khas ditujukan kepada Cikgu Sarasvati a/p Jayaraman, Penolongan Kanan Pentadbiran yang telah berganding bahu dari aspek kelancaran dan kejayaan program.