© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) telah berjaya menganjurkan Majlis Penyampaian Set Buku Inovatif Bahasa Melayu PAK21 kepada semua murid SJK(T) Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan. Usaha murni telah berjaya dapat dilaksanakan melalui sumbangan daripada Dr. Nertiyan Elangkovan dengan kerjasama pihak PIBG dan guru besar SJK(T) Pasir Gajah, pada 20 Mei 2023 (Sabtu), pukul 3.00 petang. Sebanyak 30 Set Buku Inovatif Bahasa Melayu PTM yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disampaikan kepada 30 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Antara buku yang disampaikan ialah Buku Panduan Imbuhan Awalan Kata Kerja Tahun 1, Buku Panduan Imbuhan Awalan dan Akhiran Tahun 2, dan Buku Panduan Imbuhan Kata Kerja Tahun 3. Set buku inovatif tersebut telah dibangunkan berdasarkan hasil kajian untuk menyelesaikan masalah pembelajaran imbuhan dalam kalangan murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Lebih-lebih lagi, set buku ini diberikan untuk membantu murid yang tidak dapat menyertai sesi persekolahan selama dua tahun akibat pandemik.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)