© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Prof. Madya Dr. Che Ibrahim telah dilantik sebagai ketua editor PTM. Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Memiliki pengalaman sepanjang perkhidmatannya selama 30 tahun dalam pengajaran bahasa serta pakar dalam bidang linguistik terapan dan tatabahasa.
Beliau pensyarah di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan bahasa Melayu dan pendidikan awal kanak-kanak.
Dr. Azizul Ismail memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Ensiklopedia, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau juga mempunyai pengalaman berkhidmat di beberapa bahagian DBP seperti Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Bahagian Peristilahan, Bahagian Penyelidikan Bahasa dan Akademik DBP. Pengalaman dan kepakaran beliau sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) terserlah apabila beliau sering diundang sebagai hakim pertandingan debat dan pidato, penceramah kursus bahasa kepada jabatan kerajaan serta pihak berkuasa tempatan.
Beliau ialah
pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Bidang kepakaran beliau adalah dalam proses membaca dan pedagogi dalam
literasi, kebolehbacaan dan pendekatan inovatif untuk menilai kesukaran dan
kerumitan teks dan kajian perbandingan dalam proses bacaan dan literasi. Kini,
beliau sedang meneroka bidang penyelidikan kurikulum bahasa, penyelidikan
penilaian dan pengukuhan bahasa serta inovasi dalam pembinaan bahan bantuan
mengajar untuk bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)