© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Sesi Perkongsian Komponen Tatabahasa dalam PdP Bahasa Melayu PAK21 anjuran Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tajaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, Tuan Ganabatirau Veraman telah diadakan secara dalam talian pada 22 Februari 2021 (Isnin), pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Program ini telah dihadiri oleh 20 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Kuala Selangor. Objektif utama program ini adalah untuk membawa transformasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan mengkhususkan komponen tatabahasa seperti kata ganti nama diri, kata adjektif, dan kata arah bagi siri 1.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)