PERKONGSIAN KOMPONEN TATABAHASA DALAM PDP BAHASA MELAYU PAK21 – ZON 2 (SIRI 1)

Sesi Perkongsian Komponen Tatabahasa dalam PdP Bahasa Melayu PAK21 anjuran Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan tajaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, Tuan Ganabatirau Veraman telah diadakan secara dalam talian pada 26 Februari 2021 (Jumaat), pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Program ini telah dihadiri oleh 20 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di daerah Kuala Selangor. Objektif utama program ini adalah untuk membawa transformasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dengan mengkhususkan komponen tatabahasa seperti kata bilangan dan penjodoh bilangan bagi siri 2. Hasil program ini telah membantu guru untuk memperkukuh pemahaman dalam penguasaan komponen tatabahasa dan mempelbagaikan teknik penyampaian PdP mengikut tahap perkembangan minda anak murid.