Penerangan Program

Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) berjaya menganjurkan Program Transformasi Pengkategorian Golongan Kata PAK21 di SJK(T) Ladang Bukit Mertajam, Kulim pada 27 Julai 2023 (Khamis), pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Seramai 60 orang murid Tahun 5 dan 6 telah menyertai program pada hari ini. 

Program ini berjaya dilaksanakan di bawah bimbingan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam selaku Presiden PTM bersama-sama dengan gandingan fasilitator iaitu Pavitira Nagaraju,  yang mewakili PTM. Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang kaedah pengkategorian golongan kata dalam bentuk inovasi selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Hasilnya, program yang telah dijalankan berjaya mencungkil minat murid untuk belajar tentang penggolongan kata ke arah pembelajaran PAK21. Semua murid telah bergiat aktif sepanjang perjalanan program. Selain itu, konsep pembelajaran yang telah diperkenalkan membantu murid untuk menguasai konsep pengkategorian golongan kata dalam bentuk yang lebih mudah dan mencapai konsep pembelajaran berpusatkan murid. Pihak PTM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua guru termasuk Puan Guru Besar, Puan Aruna a/p Thannimalay demi kelancaran dan kejayaan program. 

EnglishMalay