Program Profesionalisme Guru Bahasa Melayu anjuran Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) telah diadakan secara dalam talian pada 22 Oktober 2021 (Jumaat), pukul 8.30 hingga 10.00 malam. Program ini telah dihadiri oleh 22 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu yang terdiri daripada ahli PTM. Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM), Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam. Program ini telah diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru tentang pembangunan buku berinovasi berdasarkan tahap perkembangan minda anak murid abad ke-21 selaras dengan konsep pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiap peringkat pembangunan buku telah diterangkan oleh 4 orang moderator yang terdiri daripada ahli PTM dan berpengalaman dalam menerbitkan buku berinovasi PAK21.