PENGENALAN

Sejarah PTM Episod penubuhan PTM bermula sejak 25 Jun 2015 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM pada 30 September 2017. Sehingga kini, pengasasnya Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan dedikasinya dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan melalui pelbagai pendekatan termasuklah membentuk pasukan (task force team) PTM yang bergraduan PhD dalam bahasa Melayu selain menyediakan khidmat nasihat dan latihan bimbingan yang berterusan dalam memantapkan pedadogi bahasa Melayu di SJK (T), SJK (C), SK malah sekolah-sekolah menengah harian di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

PROGRAM

Program yang dilancarkan kepada guru dan murid dari Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah inisiatif untuk memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan walaupun di luar bilik darjah. Ia melibatkan penggunaan teknologi digital, modul pembelajaran kendiri, latihan guru, dan sokongan psikososial untuk membantu murid belajar secara efektif.

PENGASAS PTM

Prof.Dr.Vijayaletchumy Subramaniam

Prof.Dr.Vijayaletchumy Subramaniam selaku pengasas PTM merupakan pensyarah Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda dalam Linguistik Melayu (Kepujian Kelas Pertama) pada tahun 1998 (Universiti Putra Malaysia). Beliau menerima Ijazah Sarjana di Fakulti Bahasa Moden, Universiti Putra Malaysia dalam bidang sastera pada tahun 2000. Pada tahun 2003, beliau telah dianugerahkan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Psikolinguistik. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun 2010. Sumbangan beliau umpama samudera luas yang terbentang apabila menongkah arus kepakarannya pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang disleksia, psikolinguisitik, linguistik dan bahasa Melayu sepanjang perkhidmatannya selama 30 tahun.

PENAUNG PTM

Academician Profesor Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris

Academician Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris, seorang saintis terkemuka dalam bidang Perubatan Avian, mempunyai tumpuan utama dalam penyelidikan kawalan penyakit pernafasan dan imunodepresif avian serta pembangunan vaksin ayam. Beliau berjaya mengkomersialkan hasil penyelidikan beliau, iaitu vaksin penyakit Newcastle dan vaksin cacar ayam kultur tisu pada tahun 1995 dan 1996. Kejayaan ini telah menjadi salah satu contoh pertama pemindahan teknologi dari universiti ke industri. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Antaranya ialah Anugerah Akademik Negara 2010 (AAN) yang berprestij, di bawah kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk, atas kejayaan inovasi dan pengkomersialan vaksin penyakit Newcastle (NDV4-UPM), termasuk Top 10 Penyelidik untuk Anugerah Inovasi Nasional 2012, salah seorang Saintis Penyelidikan Terunggul Malaysia (TRSM) pada 2013, Tokoh Pekerja Wanita, CUEPACS (2019), dan CEO Terbaik Sektor Awam (2019) dalam Anugerah Kebangsaan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

KOLABORATIF

PELANCARAN PTM

EnglishMalay