SMK Tasek Permai, Ampang, Selangor

Program Pembugaran Kaedah UMIBaKaP telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Dato Hamzah, Klang pada 14 Mei 2024. Program ini diadakan di bawah tajaan Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kolaboratif bersama Universiti Putra Malaysia (UPM), serta Panitia Bahasa Melayu SMK tasek permai, ampang, Selangor. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 90 orang murid tingkatan empat dan lima. Pendedahan inovasi baharu dalam penulisan karangan telah mencetuskan idea dan ilham baharu kepada murid. Hal ini terpancar melalui semangat dan iltizam setiap murid yang mendahagakan ilmu. Program ini diadakan di bawah bimbingan Yang Berbahagia Profesor Dr. Vijayaletchumy Subramaniam pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM merangkap Presiden Pertubuhan Tulir Malaysia. Program ini dikendalikan oleh Encik Richard Ignacy (siswazah PhD Bahasa Melayu) merangkap setiausaha PTM. Turut datang membantu ialah Cik Pavitra Vasuthevan.

Perbincangan dengan Pelajar

MQR Bikes

WhatsApp Image 2024-11-21 at 5.58.39 PM

Poetry moves

Wild rose

Mayo building

EnglishMalay