BUDI BICARA AKADEMIK : PEMANTAPAN KATA PEMERI

Bual bicara akademik anjuran Pertubuhan Tulir Malaysia dengan kerjsama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 15 September 2021. Tajuk yang dibincangkan dalam siri ini ialah Pemantapan Kata Pemeri. Panel program ini terdiri daripada Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Dr. Siva Perumal Narayanan, manakala moderator program ini ialah Cik Kavenia Kunasegaran. Program ini telah dimulakan pada pukul 8:30 malam dan diakhiri pada pukul 10:00 malam. Seramai 107 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar dari sekolah tadika hingga sekolah menengah telah menghadiri bual bicara ini. Sesi bual bicara ini telah dimulakan dengan latihan untuk menguji kefahaman peserta terhadap penggunaan kata pemeri. Data menunjukkan hanya 68% daripada 107 peserta yang menguasai kata pemeri dengan baik. Dalam sesi bual bicara, penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah” telah diterangkan secara rinci oleh Prof. Vijayaletchumy dan Dr. Siva. Setiap bahagian kata pemeri telah diberi peluang kepada para peserta untuk bertanya soalan. Para peserta juga aktif mengajukan kekeliruan yang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Pada akhir sesi ini, para peserta memberikan komen yang positif dan berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan.

HASIL PROGRAM PEMANTAPAN KATA PEMERI

GAMBAR PROGRAM

EnglishMalay