© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan program tahunan PTM yang pertama bagi tahun 2024 iaitu Program Kesiagaan Pramenengah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) 2024 untuk membantu pihak sekolah khususnya murid sekolah Tahun 6 yang bakal melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah. Lapan buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari kawasan sekitar Selangor terlibat dalam program ini termasuk SJK(T) West Country Timur, SJK(T) Batu Caves, SJK(T) Ladang Kinrara, SJK(T) Ampang, SJK(T) Bangi, SJK(T) PJS 1, SJK(T) Kajang dan SJK(T) Serdang. Program ini telah diadakan pada 28 Januari 2024 (Ahad), pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Auditorium Rashdan Baba, TNCPI UPM. Seramai 212 orang murid telah menyertai program tersebut.Program ini terdiri daripada tiga slot yang dimulakan dengan Slot Disiplin Murid, diikuti dengan Slot Jenayah dalam kalangan murid dan diakhiri dengan Slot Pemantapan Tatabahasa Asas. Penceramah yang terlibat dalam program ini ialah Tuan ACP A.Anbalagan, Ketua Polis Daerah Serdang, Encik Richard Ignacy, PhD, Jabatan Bahasa Melayu, UPM, Tuan DSP Pragash Nair A/L Guruvairapan, Ketua Cawangan Khas Daerah Serdang, Dr. Kavenia Kunasegran, Felo Pengajar Jabatan Bahasa Melayu, UPM, Cik Pavitira Nagaraju, PhD, Jabatan Bahasa Melayu, UPM dan Cik Usha Nagasundram, PhD, Jabatan Bahasa Melayu, UPM. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan ACP A.Anbalagan, Ketua Polis Daerah Serdang dan majlis perasmian penutupan oleh Penolong Pengarah Unit Bahasa, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Senggutuan A/L Veeran. Turut hadir Dato’ Batmanthan, Dato’ Dr. N.K. Sundaram dan Dato’ Seri Ganesan yang merupakan antara penaja program ini.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)