© 2019
Platform Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan
Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) telah menganjurkan Bual Bicara Akademik: Pendedahan Konsep Penggunaan Huruf Kecil & Huruf Besar yang telah diadakan secara dalam talian pada 30 Ogos 2021 (Isnin), pukul 2.30 hingga 5.30 petang dengan kolaborasi Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan Unit Sains Sosial & Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini telah dihadiri oleh 65 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuah, Tuan Yusup bin Haji Mohamad. Program ini telah diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru tentang pengajaran dan pembelajaran huruf besar dan huruf kecil dalam bentuk inovasi selaras dengan perkembangan anak minda murid berdasarkan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
+60 12 329 6215 (Presiden)
+60 19 259 3858 (Timbalan Presiden)
+60 17 469 2807 (Setiausaha)