Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) telah dijemput untuk melaksanakan Program Transformasi Pengkategorian Golongan Kata PAK21 di SJK(T) Ladang Riverside, Kuala Selangor, Selangor pada 10 Ogos 2023 (Khamis), pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari Seramai 68 orang murid Tahun 5 dan 6 dari SJK(T) Ladang Riverside, SJK(T) Ladang Raja Musa, SJK(T) Ladang Kampung Baru, SJK(T) Ladang Hopeful dan SJK(T) Ladang Sungai Terap telah mengambil bahagian.
Program ini berjaya dilaksanakan di bawah bimbingan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam selaku Presiden PTM bersama-sama dengan gandingan fasilitator iaitu Pavitira Nagaraju dan Usha Nagasundram, yang mewakili PTM. Program ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada murid tentang kaedah pengkategorian golongan kata dalam bentuk inovasi selaras dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Hasilnya, ilmu yang telah disampaikan berjaya mencungkil minat murid untuk belajar tentang penggolongan kata ke arah pembelajaran PAK21. Semua murid telah bergiat aktif sepanjang perjalanan program. Selain itu, konsep pembelajaran yang telah diperkenalkan membantu murid untuk menguasai konsep pengkategorian golongan kata dalam bentuk yang lebih mudah dan mencapai konsep pembelajaran berpusatkan murid. Pada penghujung program, SJK(T) Ladang Riverside, SJK(T) Ladang Raja Musa, SJK(T) Ladang Kampung Baru, SJK(T) Ladang Hopeful dan SJK(T) Ladang Sungai Terap telah menandatangani kerjasama jalinan antara pihak sekolah, PTM, dan UPM. Sehubungan dengan itu, pihak PTM mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua guru termasuk Tuan Ramasamy a/l Nadesan yang telah meluangkan masa sepanjang perjalanan sesi perkongsian ilmu untuk memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. Ucapan khas ditujukan kepada Cikgu Kamaladewi A/P Pachiappan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang telah berganding bahu dari aspek kelancaran dan kejayaan program