Lawatan ke Pusat Bahasa Melayu (Malay Language Centre) Singapura

Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan ahli PTM bersama dengan Tuan Muhamed Nor Daipi, Pengarah MLCS, Dr. Fadilah Isnin, dan Puan Haryati Surana.

Presiden Pertubuhan Tulir Malaysia, Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam bersama dengan ahli PTM telah mengunjungi Pusat Bahasa Melayu Singapura (Malay Language Centre) untuk mengadakan jaringan persahabatan bagi mengetahui lebih lanjut tentang sistem pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu di Singapura. Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura, Tuan Mohamed Nor Daipi telah mengalu-alukan kedatangan kami dan telah berkongsi pelbagai maklumat tentang pembelajaran Bahasa Melayu di Singapura serta menjelaskan peranan mereka dalam memperkasakan bahasa kebangsaan. Prof. Dr. Vijayaletchumy turut membentangkan serba sedikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama ini untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. 

Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dan Pusat Bahasa Melayu Singapura memainkan peranan sebagai satu platform bagi memperkasakan bahasa kebangsaan di negara masing-masing. Oleh sebab itu, perjumpaan ini telah mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak dan bakal bekerjasama dalam menganjurkan program yang berkaitan dengan pemerkasaan bahasa kebangsaan.

Pengarah MLCS berkongsi pelbagai idea dan hasil inovasi guru Bahasa Melayu di Singapura

Tuan Nor menunjukkan hasil inovasi guru BM dalam memperkasakan guru, mempercekap pelajar dan memperkaya kurikulum.

Hasil inovasi dan permainan guru BM di Singapura

Prof. Dr. Vijayaletchumy turut membentangkan sejarah PTM, serba sedikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama ini untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Beliau turut menekankan hasil inovasi guru BM di Malaysia. 

Burung helang terbangnya tinggi,
hinggap sebentar di pohon jati,
terima kasih saudara dan saudari,
memberi tumpuan sepenuh hati.

Close Menu
EnglishMalay
×
×

Cart