Penaung PTM

Academician Profesor Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris
Academician Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris, seorang saintis terkemuka dalam bidang Perubatan Avian, mempunyai tumpuan utama dalam penyelidikan kawalan penyakit pernafasan dan imunodepresif avian serta pembangunan vaksin ayam. Beliau berjaya mengkomersialkan hasil penyelidikan beliau, iaitu vaksin penyakit Newcastle dan vaksin cacar ayam kultur tisu pada tahun 1995 dan 1996. Kejayaan ini telah menjadi salah satu contoh pertama pemindahan teknologi dari universiti ke industri. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Antaranya ialah Anugerah Akademik Negara 2010 (AAN) yang berprestij, di bawah kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk, atas kejayaan inovasi dan pengkomersialan vaksin penyakit Newcastle (NDV4-UPM), termasuk Top 10 Penyelidik untuk Anugerah Inovasi Nasional 2012, salah seorang Saintis Penyelidikan Terunggul Malaysia (TRSM) pada 2013, Tokoh Pekerja Wanita, CUEPACS (2019), dan CEO Terbaik Sektor Awam (2019) dalam Anugerah Kebangsaan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Selain itu, pada peringkat antarabangsa, beliau menerima Anugerah MATSUDA daripada Persatuan Antarabangsa Sains Pertanian Asia Tenggara (2018), CHT Pursuit of Excellence Award (2020) dan Anugerah Pencapaian Akademik Millennium (2020). Puncak kejayaan beliau adalah pada tahun 2013 apabila beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Inaugural Hall of Honour oleh Persatuan Veterinar Ayam Dunia (WVPA) atas sumbangan beliau dalam penyelidikan saintifik, pendidikan dan latihan ayam, sistem kesihatan ayam, serta kualiti kepimpinan beliau yang cemerlang. Seterusnya, pada tahun 2015, beliau dipilih sebagai Naib Presiden WVPA, individu pertama dari Asia yang dilantik ke jawatan tersebut. Sebagai saintis yang dihormati, beliau dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (FASc) pada tahun 2009, Felo Akademi Sains Dunia Islam (FIAS) pada tahun 2011, dan salah seorang Felo Pengasas Kolej Pakar Veterinar Malaysia (FMCVS) pada tahun 2011. Academician Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris juga mempunyai pengalaman pentadbiran yang panjang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia ke-8 (2016-2020), Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (2008-2013), Pengerusi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Malaysia (Akademik dan Antarabangsa) (2012-13), Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (2001-2008), dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM (1992-2001). Kini, beliau menjawat jawatan Pro-Canselor Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sejak Mac 2021 dan penaung Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) sejak tahun 2017.
Pelancaran PTM
KOLABORATIF



