Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Era Pandemik

Sesi dialog bersama dengan Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam telah diadakan secara santai dengan tajuk Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Era Pandemik. Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam ialah profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Presiden Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM). Sesi dialog ini terbuka kepada semua ibu bapa murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk membincangkan tentang tahap penguasaan bahasa murid yang terpaksa mengikuti sesi pembelajaran dalam norma baharu dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu murid menguasai bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa kebangsaan.

Kesudian Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah di hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Kelas Bahasa Melayu dalam Era Pandemik

Close Menu
EnglishMalay
×
×

Cart