Johor
Program ini disasarkan untuk memberikan pendedahan ilmu BM secara lebih mendalam dan rinci kepada guru BM yang sedang berkhidmat di SJK (T). Keutamaan pemilihan peserta diberikan kepada guru bukan opsyen BM supaya dapat mendalami ilmu BM untuk mentransformasikannya dalam PdP di sekolah kepada murid terutamanya kategori lemah. Bilangan peserta ditentukan oleh guru besar sekolah masing-masing berdasarkan kuota yang diberikan mengikut PPD.
Bagi Zon Johor (Kumpulan 1), seramai 100 orang peserta telah menyertai program ini, iaitu 12 orang peserta dari SJKT bawah PPD Muar, 16 orang peserta dari SJKT bawah PPD Tangkak, 27 orang peserta dari SJKT bawah PPD Pasir Gudang, 31 orang peserta dari SJKT bawah PPD Segamat, dan 14 orang peserta dari SJKT bawah PPD Batu Pahat.
Selain itu, bagi Zon Johor (Kumpulan 2), seramai 112 orang peserta telah menyertai program ini, iaitu 22 orang peserta dari SJKT bawah PPD Johor Bahru, 43 orang peserta dari SJKT bawah PPD Kluang, 3 orang peserta dari SJKT bawah PPD Mersing, 4 orang peserta dari SJKT bawah PPD Pontian, 16 orang peserta dari SJKT bawah PPD Kota Tinggi dan 24 orang peserta dari SJKT bawah PPD Kulai.
Pegawai JPN dan PPD yang turut terlibat dalam PGCB adalah seperti berikut:
- Tn. Hj. Kamarudzaman Bin Abd Mubin - Ketua Pen. Pengarah Bahasa
- Hesam Bin Mohd Kasron - JPN Johor
- Mohamad Zaini B. Jamsari - JPN Johor
- Vijayan A/L Ramasamy - JPN Johor
- Hamidun B. Hamzah - PPD Segamat
- Hizam B. Selamat - PPD Batu Pahat
- Norasikin Bt Wahid - PPD Johor Bharu
- Salina Bt Hj Kemis - PPD Kota Tinggi
- Ariff Hidayat B.Osman - PPD Kulai
- Suhaila Binti Sapuan - PPD Pasir Gudang
- Rosnani Bt Mokmin - PPD Pontian
- Muhamad Shahrizan B.Basaf - PPD Muar
- Azman Bin Masom - PPD Tangkak
- Zanariah Binti Basri - PPD Mersing
Perasmian
Prof. Dr. Vijayaletchumy, pengasas Pertubuhan Tulir Malaysia bersama-sama dengan Tn. Hj. Kamarudzaman Bin Abd Mubin, Ketua Pen. Pengarah Bahasa dan En. Hesam bin Mohd Karson, JPN Johor
Tn. Hj. Kamarudzaman Bin Abd Mubin, Ketua Pen. Pengarah Bahasa merasmikan program Guru Celik Bahasa di Johor pada 15 Jan 2018.
Para guru sedang menduduki ujian pra sebelum program dimulakan.