Pahang
Program ini disasarkan untuk memberikan pendedahan ilmu BM secara lebih mendalam dan rinci kepada guru BM yang sedang berkhidmat di SJK (T). Keutamaan pemilihan peserta diberikan kepada guru bukan opsyen BM supaya dapat mendalami ilmu BM untuk mentransformasikannya dalam PdP di sekolah kepada murid terutamanya kategori lemah. Bilangan peserta ditentukan oleh guru besar sekolah masing-masing berdasarkan kuota yang diberikan mengikut PPD.
Bagi Zon Pahang, seramai 110 orang peserta telah menyertai program ini, iaitu 13 orang peserta dari SJKT bawah PPD Bentong, 10 orang peserta dari SJKT bawah PPD Bera, 26 orang peserta dari SJKT bawah PPD Temerloh, 11 orang peserta dari SJKT bawah PPD Raub, 10 orang peserta dari SJKT bawah PPD Kuantan, 11 orang peserta dari SJKT bawah PPD Lipis, 22 orang peserta dari SJKT bawah PPD Cameron Highland, 4 orang peserta dari SJKT bawah PPD Jerantut dan 3 orang peserta dari SJKT bawah PPD Maran.
Pegawai JPN dan PPD yang turut terlibat dalam PGCB adalah seperti berikut:
- Encik Saruchi Bin Sawal - JPN Pahang
- Cik Maziah Binti Mohd Khalid - JPN Pahang
- Encik Saravanan Ramachndran - JPN Pahang
- Puan Vasugi - JPN Pahang
- En Abdul Nasser Bin Mohd Yatib - PPD Bentong
- Tn Hj Abdul Salam Bin Bakar - PPD Bera
Perasmian
Prof. Dr. Vijayaletchumy bersama-sama dengan Tn. Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Negeri Pahang dan Encik Saruchi Bin Sawal, JPN Pahang.
Para guru yang menghadiri program Guru Celik Bahasa di negeri Pahang.
Tn. Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Negeri Pahang merasmikan program Guru Celik Bahasa Kebangsaan SJK(T)