SJK(T) Serdang

Program Rekonstruksi Kata Nama Terbitan telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serdang pada tahun 2018. Semua pelajar tahun 6 telah menyertai program ini. Program ini diadakan untuk mengenalpasti masalah murid dalam mempelajari imbuhan yang terlibat untuk membentuk kata nama terbitan. Hasil kajian mendapati murid mengalami kekeliruan antara pembentukan kata nama terbitan dan kata kerja terbitan serta murid murid sukar untuk memahami penjelasan yang panjang bagi sesuatu huraian imbuhan. Kekurangan pengetahuan tentang pembentukan kata nama terbitan yang betul menyebabkan murid sering melakukan kesalahan ejaan. Masalah ini turut dikenal pasti dalam kalangan murid yang mempelajari bahasa Melayu, baik sebagai bahasa kedua, mahupun bahasa pertama.