Pusat Bahasa Melayu Singapura

Program Rekonstruksi Kata Nama Terbitan telah dijalankan di Pusat Bahasa Melayu Singapura pada 1 Ogos 2019 (Khamis), pukul 2.30 petang. Seramai 50 orang guru bahasa Melayu telah menyertai program ini. Selain itu, pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura, Mohamed Noh Daipi dan para pegawai bahasa turut menyertai program tersebut. Program ini diwujudkan untuk memberikan pendedahan kepada guru tentang pengajaran dan pembelajaran kata nama terbitan dalam bentuk inovasi selaras dengan perkembangan minda murid berdasarkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini telah dijalankan untuk menyampaikan ilmu perkongsian tentang pembentukan kata nama terbitan melalui penggunaan elemen grafik, pengenalan akronim untuk mengukuhkan konsep pengguguran yang terlibat dalam pembentukan kata nama terbitan dan penghasilan dadu berdasarkan imbuhan kata nama untuk memantapkan pemahaman tentang pembentukan kata nama terbitan. Hasil program ini telah membantu guru untuk menghasilkan bahan pembelajaran kata nama terbitan berdasarkan tahap pemahaman murid masing-masing melalui penerapan elemen grafik secara kreatif.

Testimoni

Galeri

EnglishMalay