PROGRAM TRANSFORMASI ILMU DISLEKSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Program Transformasi Ilmu Disleksia telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu pada 14 Oktober 2019 (Isnin), pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan kolaborasi Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Program yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) ini telah dihadiri oleh 132 orang siswa guru pengkhususan Bahasa Melayu. Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dr.Mohamed Isa Bin Azis, Timbalan Pengarah, IPG Kampus Bahasa Melayu. Program ini telah diadakan untuk memberikan pendedahan kepada siswa guru tentang proses pengenalpastian disleksia dalam kalangan murid melalui Saringan Intervensi Simptom Disleksia.