PENGENALAN
Sejarah PTM Episod penubuhan PTM bermula sejak 25 Jun 2015 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM pada 30 September 2017. Sehingga kini, pengasasnya Prof. Dr. Vijayaletchumy
Subramaniam telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan dedikasinya dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan melalui pelbagai pendekatan termasuklah membentuk pasukan (task force team) PTM yang bergraduan PhD dalam bahasa Melayu
selain menyediakan khidmat nasihat dan latihan bimbingan yang berterusan dalam memantapkan pedadogi bahasa Melayu di SJK (T), SJK (C), SK malah sekolah-sekolah menengah harian di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.
PROGRAM
Program yang dilancarkan kepada guru dan murid dari Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah inisiatif untuk memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan walaupun di luar bilik darjah. Ia melibatkan penggunaan teknologi
digital, modul pembelajaran kendiri, latihan guru, dan sokongan psikososial untuk membantu murid belajar secara efektif.
PENGASAS PTM
Prof.Dr.Vijayaletchumy Subramaniam
Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam merupakan anak jati Serdang, Selangor yang berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak tahun 1990. Pengasas PTM ini merupakan antara pensyarah kanan Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau berkelulusan Doktor Falsafah Psikolinguistik Bahasa Melayu(UPM-2003), Master Sastera Melayu(UPM-2000) dan Bacelor Linguistik Melayu dengan kepujian kelas pertama(UPM-1998). Pada tahun 2010, beliau dilantik sebagai Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia. Sepanjang kariernya sebagai pensyarah universiti, beliau berjaya mengetengahkan kepakarannya tentang isu disleksia, psikolinguistik dan linguistik bahasa Melayu di arena kebangsaan mahupun antarabangsa. Ahli akademik ini turut mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai guru bertauliah lulusan Maktab Perguruan Kinta (tahun 1989) dan berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Serdang, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di SJK(T) FES Serdang. Beliau turut menjadi pakar rujuk bagi agensi-agensi kerajaan seperti sekolah-sekolah, jabatan pendidikan. Sehingga kini, beliau berjaya menghasilkan 30 orang pakar Bahasa Melayu lulusan Doktor Falsafah dan beberapa bahan bercetak dan bukan bercetak bertujuan melestarikan penghayatan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
PENAUNG PTM
Academician Profesor Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris
Academician Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris, seorang saintis terkemuka dalam bidang Perubatan Avian, mempunyai tumpuan utama dalam penyelidikan kawalan penyakit pernafasan dan imunodepresif avian serta pembangunan
vaksin ayam. Beliau berjaya mengkomersialkan hasil penyelidikan beliau, iaitu vaksin penyakit Newcastle dan vaksin cacar ayam kultur tisu pada tahun 1995 dan 1996. Kejayaan ini telah menjadi salah satu contoh pertama pemindahan teknologi
dari universiti ke industri. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Antaranya ialah Anugerah Akademik Negara 2010 (AAN) yang berprestij, di bawah kategori Inovasi dan
Pengkomersialan Produk, atas kejayaan inovasi dan pengkomersialan vaksin penyakit Newcastle (NDV4-UPM), termasuk Top 10 Penyelidik untuk Anugerah Inovasi Nasional 2012, salah seorang Saintis Penyelidikan Terunggul Malaysia (TRSM) pada 2013,
Tokoh Pekerja Wanita, CUEPACS (2019), dan CEO Terbaik Sektor Awam (2019) dalam Anugerah Kebangsaan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
KOLABORATIF